MOTAC penganjur sebenar majlis hidang arak, dedah Khairy Jamaludin

KUALA LUMPUR, – Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin malam tadi mendedahkan surat jemputan rasmi bertarikh 1 Oktober 2025 yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap penjelasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing bahawa majlis kontroversi tersebut bukan acara rasmi kerajaan.

Surat itu dengan jelas menyatakan bahawa Tourism Malaysia akan menganjurkan Majlis “Gala Night Dinner & Launch Ceremony Global Travel Meet 2025”, yang disempurnakan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, dan diadakan di Sunway Resort Hotel, Selangor, dengan kod pakaian rasmi Batik.

Khairy turut memuat naik tangkap layar surat itu di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen sindiran, “Liar, liar pants on fire.”

Terdahulu, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan bahawa majlis tersebut bukan di bawah penganjuran kerajaan, sebaliknya dianjurkan oleh pihak industri dan swasta, dengan penglibatan MOTAC hanya dari segi penyelarasan persembahan budaya serta pelancaran kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Namun, surat rasmi yang didedahkan oleh Khairy menunjukkan Tourism Malaysia sendiri selaku penganjur utama, menimbulkan keraguan terhadap penjelasan menteri.

Pendedahan ini menguatkan dakwaan pendakwah Firdaus Wong Wai Hung yang sebelum ini menuduh MOTAC melanggar pekeliling kerajaan kerana membenarkan minuman beralkohol dihidangkan dalam majlis rasmi.

Firdaus berkata, peraturan kerajaan secara jelas melarang penyajian arak dalam acara rasmi kerajaan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

“Kalau menteri langgar peraturan tidak dihukum, kenapa penjawat awam dan rakyat yang langgar peraturan pula dihukum?” – katanya.

Selain beliau, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, turut menggesa MOTAC memberi penjelasan terbuka serta menilai semula dasar promosi pelancongan yang dianggap mengabaikan nilai tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat