Kejayaan Bawa Pulang Aktivis GSF Bukti Kepimpinan PM Cekap – Fadhlina

Cyberjaya : Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyifatkan kejayaan membawa pulang semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) ke tanah air sebagai bukti kecekapan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengurus diplomasi antarabangsa.

Menurut Fadhlina, misi pembebasan sukarelawan tersebut memerlukan tahap kerjasama dan kebijaksanaan diplomatik yang tinggi antara kerajaan Malaysia dan pihak antarabangsa.

“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kepimpinan negara kerana dimaklumkan bahawa semua aktivis kita akan dibawa pulang dari Istanbul ke Kuala Lumpur.

Saya fikir ini adalah kerja besar yang melibatkan diplomasi yang cukup tinggi dan kepimpinan Perdana Menteri yang cekap membolehkan semua aktivis kita pulang dengan selamat,” katanya memetik temubual bersama Sinar Harian.

Fadhlina turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha pembebasan itu serta menyeru agar semangat kemanusiaan terus disemarakkan melalui misi bantuan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Insya-Allah, kita akan terus membawa mesej dan misi kemanusiaan ini ke hadapan, khususnya dalam memberi sokongan kepada rakyat Gaza,” tambahnya.

Kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ditahan oleh tentera Israel pada Khamis lalu sebelum dibebaskan dan diterbangkan ke Istanbul, Turki, pada Sabtu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat