PRN Sabah: Kerjasama parti nasional dan tempatan pilihan terbaik – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan kerjasama antara parti nasional dan tempatan Sabah disifatkan pilihan terbaik untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat negeri itu menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabah akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam menghormati pandangan pihak yang mahu hanya parti tempatan bertanding pada PRN Sabah, beliau tahu rakyat sedar bahawa kesejahteraan di Sabah adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Maka, katanya, kaedah yang paling baik adalah mewujudkan persefahaman dan semangat saling menghormati antara Persekutuan serta negeri.

“Itu pandangan saya dan pandangan PKR. Bagi mereka yang punya pandangan berlainan, saya pasti ada asas mereka masing-masing sebab itu kepada PKR Sabah, nasihat saya adalah sementara kita ada pandangan masing-masing kita tak boleh biarkan rakyat terkontang-kanting.

“Sementara ahli politik dan parti-parti mempunyai macam-macam sentimen, kita perlu membantu rakyat dengan perhebatkan khidmat kita.

“Itu sebenarnya tumpuan kerana pada akhirnya kita kena pulangkan kebijaksanaan memilih itu kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Keadilan Menang Siri PRU16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25), di Putatan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang kesukaran melaksanakan kerangka kerajaan Perpaduan di Sabah susulan sentimen menolak parti Malaya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, itu sebabnya PKR tidak terlalu agresif tentang pandangan yang berbeza.

Katanya, beliau menghormati pandangan yang berlainan namun, apa yang penting perlunya kerjasama dan persefahaman yang kukuh antara kerajaan Persekutuan dan negeri, lapor Utusan.

Mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN)-PH dalam menghadapi PRN Sabah, Rafizi berkata, urusan berkaitan komposisi gabungan tertakluk kepada pertimbangan dan rundingan yang akan diputuskan di peringkat Majlis Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang pasti pada ketika ini, PKR Sabah adalah sebahagian anggota komponen kerajaan negeri yang baik. Arahan saya berikan kepada jentera di sini adalah untuk menguatkan kehadiran dan khidmat kita kepada rakyat di peringkat bawah.

“PKR mesti memainkan peranan yang jauh lebih baik bagi membantu rakyat kerana jurang kemiskinan di Sabah terlalu besar berbanding tempat lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat