Sah Jadi Bentang Bajet 2023 Jumaat, Parlimen Belum Bubar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelbagai spekulasi yang berlegar berkenaan tarikh pembubaran Parlimen dan pembentangan Bajet 2023 nampaknya terjawab apabila Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Menteri Kewangan di Istana Negara.

Facebook Istana Negara berkongsi momen Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidin @Hamidon.

Dipercayai kehadiran Menteri Kewangan itu mempersembahkan dokumen Bajet 2023 yang akan dibentang pada Jumaat ini.

Hari ini berdegar-degar jugalah khabar angin kononya Bajet 2023 tidak jadi bentang memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Pun begitu, adalah menjadi rutin bagi Perdana Menteri menghadap Agong sebelum mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat