NASA Berjaya Rakam Imej Letusan Tenaga Di Permukaan Matahari

- Advertisement -

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakam imej menakjubkan letusan tenaga yang meletus dari Matahari, lapor akhbar The Sun semalam.

Hamparan zarah bercas yang besar dikenali sebagai letusan suria dilaporkan sangat kuat sehingga menyebabkan gangguan pada radio di Bumi semalam.

Menurut NASA, letusan suria yang kuat itu dilepaskan dari Matahari pada Isnin, pukul 9.25 malam (waktu tempatan).

Balai Cerap Dinamik Suria NASA yang bertanggungjawab menjejaki aktiviti Matahari, merakam foto kejadian yang jarang berlaku itu.

Dalam satu kenyataan, NASA berkata, letusan suria yang besar boleh mengganggu medan magnet Bumi serta menyerakkan radio dan isyarat Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), sebilangan kecil gangguan pada fungsi radio telah diperhatikan semalam susulan letusan sinaran elektromagnet Matahari.

Letusan suria yang baru berlaku itu dikelaskan sebagai suar X1. Kelas X menandakan suar paling panas manakala nombor menandakan tahap kekuatannya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat