Ranhill Masih Lagi Dalam Rundingan Bagi Projek Di Indonesia, Ladang Solar – Maybank IB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Projek pertumbuhan Ranhill Utilities Bhd. di Indonesia ladang solar Ranhill SAJ masih kekal di peringkat rundingan, dengan pihak pengurusan berusaha untuk mendapatkan kelulusan, demikian menurut Maybank Investment Bank (IB). 

Firma itu berkata, konsortium Ranhill sebelum ini telah memulakan projek Djuanda Source-to-Tap di Indonesia yang menyaksikan kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan dengan Ranhill menjangkakan proses itu mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan.

Katanya, projek tersebut akan diletakkan untuk tender setelah diluluskan (memandangkan kos projek masih cair).

“Konsortium Ranhill mempunyai ‘Hak-untuk-Padanan’ mana-mana bidaan yang menang berikutan Status Pemulanya. Pembinaan projek itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun lagi,” katanya dalam nota kajian hari ini.

Sementara itu, Maybank IB berkata, Ranhill SAJ pula masih di peringkat rundingan dengan pengawal selia untuk membina ladang solar bagi kegunaan sendiri.

Selain daripada mengurangkan pelepasan, perjanjian pembelian tenaga (PPA) juga akan memberikan kepastian kepada kos elektrik unit Ranhill SAJ.

“Penggunaan elektrik Ranhill SAJ pada 2021 adalah sebanyak 314GWh dengan kos unit sebanyak 42 sen per kilowatt sejam (kWh). Kami menganggarkan sebanyak 200 MW diperlukan bagi mencapai padanan penggunaan elektrik.

“Dengan menganggarkan kos penjanaan pada 20 sen per kWh dan kos grid 12 sen per kWh, kami anggarkan ladang solar ini akan mengurangkan kos elektrik Ranhill SAJ sebanyak 10 sen per kWh atau RM30 juta setahun,” jelasnya.

Mengambil kira faktor tersebut, firma itu mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Ranhill dengan harga sasaran tidak berubah pada 60 sen sesaham.

Setakat 12.04 tengah hari ini, harga sahamnya menokok 0.5 sen atau 1.28% kepada 39.5 sen dengan 109,400 saham diniagakan. -DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat