Banjir: Nak PRU sekarang, memang tak berhati perut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Topik banjir dan pilihan raya menjadi isu hangat diperdebatkan tak kira orang politik mahupun orang awam.

Semalam beberapa lokasi dilanda banjir ini membabitkan Ipoh, Jasin dan Lembah Pantai.

Malah ada mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat rumah dinaiki air dan kelengkapan rumah rosak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, mereka yang mahukan sangat Pilihan Raya Umum (PRU) sekarang memang tak berhati perut.

“Semalam banyak tempat banjir, termasuk di Ipoh, Jasin dan Lembah Pantai. Ada yang sebentar, ada yang semalaman.

“Mereka yang nak sangat PRU sekarang memang tak berhati perut, tak kisah susah derita rakyat,” katanya.

Sementara itu, warganet turut berkongsi kejadian banjir kilat di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalm dan Kampung Ulu Chepor.

Susulan kejadian itu dua PPS dibuka dan puluhan keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS.

Selain itu, PAS Pusat memaklumkan pihaknya menerusi Jabatan Amal Malaysia dan Khidmat Malaysia sedia menghulurkan bantuan kemanusiaan buat mangsa yang terjejas.

“Masyarakat yang berada di kawasan ‘hotspot’ banjir seluruh Malaysia juga dinasihatkan untuk berjaga-jaga.

“Semoga mereka yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan semoga terbuka hati mereka yang asyik meratib mendesak pilihan raya diadakan segera.

“Ya Allah, pelihara negara kami dan saudara-saudara kami yang sedang diuji. Berilah kami pahala dalam musibah yang menimpa dan berilah ganti dengan yang lebih baik daripadanya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat