Hadi Konsisten Kekal Bersama PN – Sumber

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendirian bahawa parti itu perlu kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan sebelum hujung tahun ini.

Sumber dalaman PAS memaklumkan kepada SuaraTV, dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang diadakan baru-baru ini, Abdul Hadi menegaskan bahawa parti itu perlu kekal bersama PN.

Sumber itu juga memaklumkan, Abdul Hadi juga menolak sebarang usaha untuk mempertemukan beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi.

“Tok Guru kecewa dengan Zahid kerana beri kenyataan yang tidak tepat berhubung pertemuan mereka pada 17 Sept lalu.

“Ada usaha pemimpin tertentu PAS yang mahu Tok Guru bertemu sekali lagi dengan Zahid dan menggunakan seorang tokoh agama sebagai pendamai, tetapi Tok Guru tolak.

“Dalam mesyuarat Dewan Harian baru-baru ini, Tok Guru bertegas supaya PAS kekal bersama PN, kalau nak runding dengan UMNO cuma melibatkan beberapa kerusi sahaja.

“Kalau Tok Guru bertegas macam itu selalunya sukar untuk ubah pendirian beliau,” kata sumber tersebut.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan Zahid memberi bayangan PAS akan membuat pusingan U dan kembali kepada UMNO seterusnya menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN).

UMNO meletakkan tiga syarat kepada PAS sebelum menerima parti itu antaranya perlu mengisytiharkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersama Malaysia (Bersatu) dan PN ditamatkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat