Foto berkemban tak cetus kontroversi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktres, Nabila Huda, 36, tidak terlintas mahu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto berkemban menerusi laman sosial, Instagram, baru-baru ini.

Sebaliknya, pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Munafik itu melihat foto yang diambil ketika menjalani penggambaran di Terengganu mempunyai nilai seni.

“Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen.

Saya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu.

“Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu. Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga. Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik.

“Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin netizen tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak. Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban,” katanya kepada BH Online.

 

Netizen takut nak komen negatif disebabkan Nabila Huda sering membidas sesiapa sahaja yang mengecamnya tanpa usul periksa. - Foto IG Nabila Huda
Netizen takut nak komen negatif disebabkan Nabila Huda sering membidas sesiapa sahaja yang mengecamnya tanpa usul periksa. – Foto IG Nabila Huda

 

Nabila berkata, tidak nafikan ada kemungkinan netizen takut nak komen negatif disebabkan dirinya sering membidas sesiapa sahaja yang mengecam tanpa usul periksa.

“Jika netizen takut baguslah (ketawa). Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban.

“Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilemparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengecam adalah budak sekolah.

“Sebenarnya, ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi mangsa. Jadi, janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati,” katanya.

Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu berkata, perasaan bersalah menghantui dirinya apabila perkongsian video dalam situasi cemas selepas kediamannya dikatakan dicerobohi seorang individu mencurigakan menimbulkan kebimbangan kepada keluarga dan rakan selebriti.

Bagaimanapun, katanya, itu hanyalah teaser awal program The Masked Singer Malaysia yang menampilkannya sebagai salah seorang juri tetap bersama lapan selebriti lain.

“Sejujurnya, timbul rasa kasihan terutama kepada rakan artis yang menyangkakan insiden ini memang terjadi. Saya pula mana pernah bergurau dengan cara begini.

“Mereka tahu apabila membabitkan soal kerja, saya akan serius. Tetapi, apabila melihat reaksi mereka panik, sampai ada yang nak datang rumah dan membuat laporan polis, saya pula cuak. Terfikir apakah lakonan saya keterlaluan hingga mereka percaya saya dalam bahaya.

“Apabila keadaan menjadi kecoh, rasa bersalah pula menghantui diri. Tak tahu nak buat apa untuk meredakan keadaan. Apa yang mampu dilakukan hanyalah meminta maaf pada mereka,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat