Saat dilamar ibarat ‘magis’

- Advertisement -

Bertunang dengan penulis dan pengarah Charlie McDowell baru-baru ini sememangnya detik paling bahagia buat pelakon jelita, Lily Collins. Tiada apa yang lebih menggembirakannya selain sudah bertemu cinta sejati.

Justeru, Lily, 31, berkongsi saat indahnya itu yang masih memberi perasaan bercampur-baur dalam diri. Baginya, saat McDowell melamarnya di New Mexico adalah ibarat magis yang cukup indah.

Mana tidaknya, dia sendiri tertunggu bila saatnya akan beralih ke fasa hidup yang lebih serius dalam berpasangan. Lily akui sehingga kini dirinya masih menggigil apabila bergelar tunangan orang.

“Saya sudah menunggunya sekian lama dan tidak sabar untuk melayari hidup bersama. Rasanya seperti masih berada di awang-awangan. Saya teruja menjadi tunangnya dan ia adalah pengalaman magis yang tidak akan pernah saya lupa.

“Saya masih lagi menggigil. Bagaikan mimpi pula dan ia berterusan bermain di kepala ini,” katanya.

Berkongsi lanjut, dia jelas tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mengenai hubungannya dengan McDowell sudah ke fasa seterusnya. Dia turut menggambarkan kegembiraan yang terbuku dalam dirinya sekarang.

“Saya sentiasa merujuk perasaan itu di mana saya pasti dengan siapa, ke mana dan bagaimana rasanya bahagia itu. Ia sangat terasa apabila begitu menguasai seluruh badan dan tidak terkawal rasa seronok itu,” katanya.

 

LILY Collins menggigil dilamar menjadi tunang Charlie McDowell. - FOTO Google
LILY Collins menggigil dilamar menjadi tunang Charlie McDowell. – FOTO Google

Lily yang baharu tampil menerusi siri 10 episod berjudul Emily in Paris ditayangkan di Netflix turut berpuas hati dengan pembabitannya itu. Menurutnya, ia adalah mimpi yang jadi kenyataan untuk dirinya apalagi dapat bekerjasama dengan penerbit Sex And The City, Darren Star.

Hakikatnya, dipilih menjadi tonggak siri terbabit baginya satu penghormatan yang sangat besar. Mana tidak, siri itu turut mendapat sentuhan daripada pereka kostum tersohor, Patricia Field.

“Apabila saya bertemu dengan Darren buat pertama kali, dan dia menyebut nama Patricia yang mungkin mereka kostumnya, saya cuma mampu terkesima. Gabungan dua nama itu sememangnya sangat-sangat hebat.

“Justeru, saya cuma mahu menyambar tawaran terbabit, kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu,” katanya.

Namun begitu, Lily tidak menafikan berdepan kerisauan untuk menghidupkan watak berkenaan tanpa dibayangi karya seumpama sebelum ini. Mana tidak, Field sendiri adalah orang kuat yang terbabit dalam filem fenomena, The Devil Wears Prada dan The Sex And The City.

“Ada sesetengah elemen dalam gaya fesyen Emily yang kadang-kadang kami kurang pasti. Kami tidak mahu dibayangi watak Carrie Bradshaw (Sex and the City) dan mahu Emily menyerlah serta berdiri atas identitinya sendiri,” katanya.

Emily in Paris yang mula ditayangkan kelmarin berkisar penghijrahan Emily (Lily) ke kota cinta Paris, Perancis untuk bekerja. Di sana, dia belajar banyak perkara baharu, bukan saja perbezaan budaya namun nilai hidup yang tidak pernah diajar padanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat