Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara berkaitan kes Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menggunakan kuasa di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan kes di mahkamah.

Muhyiddin berkata, dalam kes tersebut Ahmad Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi.

“Ini bermakna mahkamah telah berpuas hati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas tentang perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

“Peliknya pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan. Ini amatlah tidak munasabah.

“Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai? Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membangkitkan persoalan samada terdapat arahan menggugurkan kes tersebut.

“Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang merdeka sebelum ini,” ujar beliau.

“Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan.

“Sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendukung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat