BN dijangka umum calon PRK DUN Pelangai 17 September – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN – Calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai, dijangka diumum pada 17 Sept ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini terdapat enam calon disenarai sebagai berpotensi untuk dipertimbangkan.

Katanya, senarai nama itu akan diserahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tindakan lanjut.

“Insya-Allah, pada 17 Sept ini nama calon (bertanding) kerusi Dun Pelangai akan diumumkan dan setakat ini ada enam orang yang berpotensi, berkaliber dan berwibawa.

“Kita akan pilih (calon) yang terbaik antara yang terbaik,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penutup Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Ulu Cheka dan Majlis Meraikan Pengekalan Man and Biosphere (MAB) Unesco Tasik Chini Pahang di sini, hari ini.

PRK Dun Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Johari memenangi kerusi itu pada PRU15 selepas memperoleh majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat