Suami kagumi sikap semula jadi Mira Filzah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar atau Emir, 32, menyifatkan dua tahun membina rumah tangga bersama cukup indah dan bersyukur dikurniakan isteri terbaik.

Emir menerusi sebuah coretan berkata Mira, 29, seorang insan yang cukup luar biasa dan tidak berhenti mengagumi keperibadian pelakon terbabit.

“Nur Amirah Filzah Isteriku Syurgaku, di mataku, dirimu insan luar biasa. Banyak pengalaman tercipta, memori terukir sejak kita membina rumah tangga bersama dua tahun yang lalu.

“Ada suka dan duka, ada pengorbanan dan kejayaan. Tetapi apa yang pasti adalah sifat semula jadi dirimu yang cukup penyayang, pemurah dalam berbudi dan berbakti, memberi terbaik dan segalanya dalam sesuatu perkara.

“Sifatmu ini terus dan sentiasa menawan hatiku terhadap dirimu wahai isteriku, dan menjadi inspirasi dan peringatan buat diriku sendiri setiap hari,” katanya.

Emir turut melahirkan rasa syukur apabila perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran putera sulung, Wan Khair Amir serta sifat keibuan Mira menjaga cahaya mata mereka.

“Kami tunjukkan ciri serta ikatan keibuan yang luar biasa sejak kita mendapat tahu mengenai kehadirannya. Saya semakin nampak dengan jelas bagaimana bersungguhnya kamu menjaganya dan besarkan keluarga kita.

“Bersama kita berdoa dan zahirkan keinsafan dan kesyukuran, moga usaha kita dalam membina keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah, sentiasa dilindungi dan dipimpin-Nya, aamin YRA,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 3 September 2020 sebelum Mira berkongsi mengenai kehamilannya pada Januari lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat