Trio dinamik galas tugas hos AIM 23

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23) yang akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menyaksikan gabungan tiga hos, Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin pada 11 September ini.

Bertemakan Glam & Sophisticated, AIM 23 menyaksikan persembahan muzik pelbagai genre termasuk pop, rock, dance dan balada.

AIM edisi kali ini menghimpunkan penyanyi bervokal hebat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella, Nikki Palikat dan Aina Abdul.

Selain itu, acara dinantikan ramai itu turut dihangatkan persembahan bertenaga penyanyi baharu dan berbakat, termasuk kumpulan De Fam, Janna Nick dan Vanessa Reynold.

Artis lain, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Amir Masdi, Insomniacks, Naufal dan Nuha.

AIM 23 anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia turut menampilkan persembahan penyanyi Indonesia, Keisya Levronka.

Penonton akan dapat menyaksikan ketibaan barisan artis menerusi siaran langsung karpet merah yang akan dikendalikan oleh Keanu Azman dan Isha Norsham.

 

Rosmin berkongsi penilaian teliti dilakukan bagi memilih barisan artis untuk persembahan dan penyampai trofi. - NSTP/Aziah Azmee
Rosmin berkongsi penilaian teliti dilakukan bagi memilih barisan artis untuk persembahan dan penyampai trofi. – NSTP/Aziah Azmee

 

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 23, Rosmin Hashim berkata, penilaian teliti dilakukan bersama Astro bagi memilih barisan artis untuk persembahan dan penyampai trofi.

“Kami mengadakan pemilihan sangat teliti selepas AIM ditangguhkan selama enam tahun supaya penonton berpuas hati persembahan malam kemuncak.

“Trio dinamik, Sherry, Awal dan Azad dipilih selaku hos kerana kami yakin kemampuan menghiburkan dan menyuntik elemen lawak jenaka supaya penonton tidak kering gusi, sekaligus menghidupkan suasana,” katanya kepada BH Online.

Artis yang bakal menggalas tugas selaku penyampai trofi termasuklah Datuk M Nasir, Ziana Zain, Khai Bahar, Wany Hasrita, Jaclyn Victor dan Datuk Adi Putra.

AIM 23 akan dipancarkan secara langsung melalui saluran Astro RIA saluran 104, jam 9 malam pada 11 September ini.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat