Noh belum sedia bersemuka?

- Advertisement -

SHAH ALAM: Vokalis Hujan, Noh Salleh belum bersemuka dengan wartawan ketika mengadakan Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam, di sini, semalam.

Malah, selepas segmen persembahan, Noh terus berlalu ke belakang pentas dan pulang, diiringi tiga lelaki memakai pakaian seragam berwarna hitam seperti pengawal peribadinya.

Noh juga tidak duduk di bilik menunggu bersama barisan artis lain, sebaliknya bersama tiga lelaki berkenaan di luar.

Penganjur konsert, Faizul Mohd Yusof berkata, Noh belum bersedia ditemubual wartawan seperti diberitahu pengurusnya.

Menerusi segmen persembahan, Noh menyampaikan lagu-lagu popular seperti Aku Skandal, Kotak Hati dan Dugaannya serta lagu solonya, Bunga Di Telinga dan Angin Kencang.

Di atas pentas, Noh yang beraksi solo dengan gitarnya berulang kali menzahirkan penghargaan atas sokongan diterima kira-kira 5,000 penonton yang hadir.

“Saya ingatkan tak ramai orang datang ke konsert disebabkan cuaca panas, tetapi anda semua membuktikan terbaik dengan menyokong persembahan kami.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyanyi bersama. Ini juga antara proses untuk saya berpijak pada dunia nyata, di mana adakah saya berani mengadakan persembahan seorang diri tanpa kumpulan hujan.

“Nyata, anda semua memberi semangat kepada saya. Terima kasih,” katanya.

 

Sebelum mengundurkan diri, Noh memohon maaf sekiranya ada kekasaran dilakukan atas pentas disebabkan persembahan ‘gila’ pada Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam, semalam. - Foto IG Noh Salleh
Sebelum mengundurkan diri, Noh memohon maaf sekiranya ada kekasaran dilakukan atas pentas disebabkan persembahan ‘gila’ pada Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam, semalam. – Foto IG Noh Salleh

 

Sebelum mengundurkan diri, Noh memohon maaf sekiranya ada kekasaran dilakukan atas pentas.

“Saya meminta maaf atas kekasaran saya atas pentas. Saya tak sangka persembahan malam ini akan jadi gila seperti ini.

“Saya akan bawa pulang memori indah ini,” katanya.

Selain Noh, penyanyi yang turut mengadakan persembahan termasuklah Floor 88, K-Clique, Kugiran Masdo, Zynakal dan Yonnyboi.

Konsert Havoc Midnight seterusnya akan menggegarkan Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu pada 30 Disember dan 1 Januari 2023.

Masih mengekalkan konsep sama, Konsert Havoc Midnight membabitkan K-Clique, Kugiran Masdo, Bunkface, Naim Daniel dan Akim & The Majistret.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat