Najib failkan petisyen pengampunan, status MP Pekan belum digugur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Status Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan hanya akan dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan dibereskan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan Najib memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September 2022.

Ekoran petisyen pengampunan itu, Azhar Azizan berkata dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan Najib sebagai ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak).

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila
petisyen pengampuan itu dibereskan,” kata Azhar Azizan dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Azhar Azizan menyatakan beliau telah menerima serahan dokumen-dokumen seperti salinan permohonan pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, ke atas Najib Ahli Parlimen Pekan, yang bertarikh 1hb September 2022.

“Juga salinan surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 1hb September 2022 yang melampirkan permohonan pengampunan tersebut yang diaku-terima oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2hb September 2022.

“Selain itu, salinan Perintah Jenayah termeterai masing-masing bagi kes rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan (Rayuan No. 05(L)-289-12/2021(W), 05(L)-290-12/2021(W) dan 05(L)-291-12/2021(W)) bertarikh 23 Ogos 2022,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat