Otai, band indie berkongsi pentas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Konsert berskala mega, Hausboom Music 2022 bakal menyaksikan penyanyi otai dan band indie popular berkongsi satu pentas.

Kali kedua dianjurkan, konsert yang menampilkan Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo dan ramai lagi bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 1 Oktober depan. Kini, sudah 80 peratus tiket terjual.

Sebelum ini, konsert kali pertama dianjurkan pada 2019 dengan kehadiran 12,000 penonton berlangsung di sebuah premis acara di Sri Kembangan.

Vokalis Wings, Datuk Awie berterima kasih kepada penganjur kerana memberi peluang untuk turut serta.

“Terima kasih mengajak Wings. Kami kumpulan ‘remaja’ akan berkongsi pentas dengan pemuzik lain.

“Gabungan penyanyi baharu dan lama ini terus menjadi suntikan untuk menyemarakkan industri muzik yang baru bangkit.

“Ia sekali gus memberi pengalaman berbeza pada era endemik yang menyaksikan konsert demi konsert dianjurkan,” katanya kepada BH Online.

 

John Lemon bersama barisan penyanyi yang bakal menghangatkan Hausboom Music pada 1 Oktober depan. - NSTP/Rohanis Shukri
John Lemon bersama barisan penyanyi yang bakal menghangatkan Hausboom Music pada 1 Oktober depan. – NSTP/Rohanis Shukri

 

Sementara itu, pengasas Hausboom Music, Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali John Lemon tidak menyangka ramai menunjukkan minat selepas promosi awal dilakukan.

“Konsert ini bakal membariskan lebih 12 penyanyi, termasuk band indie seperti ForceParkBois, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, Kapow dan Banyak Bunyik Republik.

“Ia juga menggabungkan persembahan ala gig dengan menampilkan pelbagai genre muzik.

“Kejayaan konsert pertama membuatkan ramai teruja mahu menyertainya. Konsert selama sembilan jam bermula jam 1 tengah hari akan memberikan pengalaman berbeza buat penonton.

“Kami menyasarkan 12,000 penonton untuk datang berhibur. Sekalipun dewan di MAEPS mempunyai kapasiti 25,000 orang boleh berdiri, namun kami mahukan keselesaan,” katanya.

Terdahulu, tiket VIP berharga RM500 sudah habis dijual. Selain itu, tiket dijual serendah antara RM65 hingga RM180 boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my/hausboommusic.

John Lemon berkata, pihaknya bertuah kerana konsert mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kami faham lebih dua tahun industri kreatif terjejas kerana COVID-19.

“Ramai penyanyi hilang sumber pendapatan. Namun, kini, industri muzik semakin bernyawa dengan lonjakan semula sektor seni.

“Sokongan MOTAC sebagai satu isyarat untuk anjakan dunia muzik tempatan. Biarpun kami menerajui perniagaan makan dan minuman, namun, muzik dilihat simbolik penyatuan komunikasi manusia,” katanya.

Pada 2021, penganjur pernah mengadakan pertandingan Battle Of The Boom secara virtual dengan pembabitan 450 penyertaan bakat baharu kreatif dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat