Orang Muda Bila Dah Tua Nak Masuk Parti Apa Pula? – Abdul Hadi

- Advertisement -

MARANG – PAS tidak terkesan dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Ahli Parlimen Muar itu berhak menubuhkan parti baharu yang dikatakan khusus untuk golongan muda selagi ia tidak melanggar undang-undang.

“Kita negara demokrasi, bebas buat parti, ikut peraturan (asalkan) tak menyalahi undang-undang.

“Relevan atau tidak, boleh pergi jauh atau tidak, saya tidak tahu masa depan.

“Sama ada bagus atau tidak, saya tidak tahu, cuma orang muda bila tua nak jadi parti apa pula,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Rusila di sini hari ini.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Syed Saddiq menubuhkan parti khusus golongan muda tidak akan berjaya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, biarpun golongan muda mewakili majoriti yang besar dalam senarai pemilih, namun ia masih tidak mencukupi untuk memenangi sesebuah kawasan pilihan raya.

Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yang mengatakan Perikatan Nasional (PN) adalah satu ikatan yang longgar, Ahli Parlimen Marang itu menegaskan PN bukan gabungan yang longgar sebaliknya ia parti yang fleksibel.

Katanya, gabungan mereka tidak seperti Pakatan Harapan (PH) yang bertelagah sesama sendiri.

“Kita fleksibel, kita punya pendekatan berbeza tapi ada titik persamaan nak selamatkan negara, kita boleh bertahan walaupun dalam majoriti yang sedikit sahaja, cuba nak jatuh tak berjaya.

“PAS juga tidak berpura-pura sebaliknya ikhlas dalam menjayakan PN,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat