85 Ahli Amanah Kota Raja Keluar Parti – Jaafar Samsudin

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekas Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Jaafar Samsudin membuat permohonan maaf berhubung kesilapan angka ahli Amanah Kota Raja yang keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti yang diumumkan semalam.

Jaafar berkata, jumlah 545 orang yang diumumkan beliau itu membabitkan 85 ahli Amanah dari Kota Raja serta kawasan-kawasan lain yang menghantar borang keahlian Bersatu semalam.

“Saya ingin membuat pembetulan bahawa penyerahan borang 545 keahlian Bersatu terdiri daripada ahli Amanah, lain-lain parti atau ahli baharu yang menyertai politik. Bukan semuanya daripada ahli Amanah Kota Raja.

“Kami dapat mengesahkan 85 borang daripada bekas ahli Amanah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, Jaafar menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari di Plaza Masalam.

Bagaimanapun, Amanah Kota Raja menafikan dakwaan terdapat seramai 545 ahli dari kawasan itu yang keluar parti bagi menyertai Bersatu.

Ketuanya, Abdul Mutalib Adam berkata, hanya lima individu dikenal pasti sebagai ahli parti berkenaan dan tindakan mereka menyertai Bersatu tidak menjejaskan Amanah Kawasan Kota Raja yang mempunyai 2,200 ahli membabitkan 32 cawangan.

Sementara itu, Jaafar berkata, pembetulan yang dibuat beliau itu sebagai menyatakan kebenaran dan menjaga hati semua pihak.

“Saya mohon maaf atas kesilapan tersebut terutama kepada parti Amanah,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat