PUTRAJAYA, – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan pakar ekonomi terkemuka dunia, Prof. Dr. Mariana Mazzucato, bagi membincangkan masa depan ekonomi Malaysia yang berasaskan inovasi, pelaburan hijau dan transformasi digital.
Pertemuan semalam itu turut disertai perbincangan mendalam mengenai pendekatan mission-oriented satu strategi yang mendorong kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi mencapai matlamat pembangunan nasional.
Prof. Mazzucato, yang merupakan Pengarah Pengasas Institute for Innovation and Public Purpose di University College London (UCL), menekankan pentingnya memperkukuh peranan perkhidmatan awam sebagai pemangkin pembangunan negara.
“Kami berbincang tentang kepentingan strategi berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital,” kata Anwar menerusi catatan media sosial.
Profesor Mazzucato turut menggariskan cabaran sistemik yang perlu ditangani Malaysia, termasuk keperluan memperkukuh strategi digital, membina kemahiran masa depan serta memperhebat inovasi dalam sektor awam dan swasta.
Pertemuan ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Perpaduan untuk memposisikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam ekonomi inovatif, mampan dan berdaya tahan.



