KUALA LUMPUR – Umno didakwa sedang giat melakukan menjelajah sempena menjelangnya Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 untuk melembutkan akar umbi parti supaya menerima naratif bahawa hanya dengan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) maka Umno akan kembali ke tampuk pemerintahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), akan datang.
Perkara ini didedahkan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam audio siar Keluar Sekejap pada Isnin.
Khairy mendakwa Umno akan menambah jumlah kerusi Parlimen yang bakal dimenangi pada PRU-16 yakni daripada 26 kepada 49 kerusi.
“Saya ada maklumat rahsia tertinggi – yang mana saya terima maklumat, memang betul ada usaha untuk soften the ground untuk akar umbi Umno terima memandangkan akar umbi Umno ni tak berapa sokong supaya ada jajaran atau kerjasama rasmi dalam PRU-16.
“Tetapi salah satu jelajah sedang berlangsung di mana Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sedang membentangkan satu unjuran berbentuk slide itu menunjukkan jumlah kerusi PRU15 pada 2022- tunjuk kerusi PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan lain-lain.Ini semua yang sokong Datuk Seri Anwar lah.
“Dan dia tambah bilangan kerusi tambahan andaian BN-PH, jadi andaian ini bermaksud penambahan jika BN-PH bekerjasama.
“Tak pasti formula tapi kerusi tambahan yang boleh dimenangi oleh kombinasi BN-PH adalah 34 tapi dengan formula itu jumlah kerusi PRU-16 andaian BN+PH menggunakan formula 1+1 adalah 182 kerusi daripada 222.
“…dan paling best PKR 41, DAP 40, Umno 49.
“Jika Umno 49 maka Datuk Seri Ahmad Zahid akan jadi PM, Anwar TPM, this is the play’, dedah Khairy.
Bekas Menteri Kesihatan mendakwa, Umno akan menjual naratif pada PAU 2024 bahawa Umno boleh kembali dominan dengan hasil kerjasama BN-PH.
“Ini tahap pemikiran HQ yang terbaik sebab dengan kerjasama BN-PH ini Umno boleh kembali sebagai dominan bahkan lagi banyak kerusi daripada PKR.
“Jadi inilah yang sedang cuba ‘dijual’ oleh HQ Umno bahawa slide ini sedang ditayangkan menunjukkan dengan formula ini Umno akan muncul sebagai parti terbesar pada PRU akan datang.
“Saya tak pastilah sebab dia mengandaikan Umno akan tambah 23 kerusi mungkin akan rampas kerusi Bersatulah
PH tak ambil kerusi itu, Umno akan kalahkan Bersatu-PN.
“Menarik, tidak lagi menjadi rahsia mendedahkan perkara yang dah terbuka. Inilah yang akan dijual dalam PAU dan kalau tak kerjasama dengan PH, Umno akan kekal 26-30 kerusi.
“Hanya dengan PH saja yang mana Umno akan muncul 49 kerusi,” dakwa Khairy lagi.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula menegaskan politik Umno ini menjual harapan.
“Kalau kamu pandai jual harapan kamu akan menang, keputusan itu nombor 10.
“Isu lain akan bangkit dalam PAU ialah bagaimana Zahid tangani isu Bossku yang mana orang kata sedang hangat dan panas di kalangan akar umbi Umno.
“Isu tingkat 38 supaya mengurus emosi dan situasi penyokong Bossku yang mungkin kurang selesa dengan keadaan sekarang yang mana bukan hanya mereka cuba salahkan pihak daripada luar Umno tetapi mungkin kepimpinan Umno jadi naratif itu akan dimainkan,” katanya.
Tambah Shahril, kesabaran penyokong Umno pro-Najib semakin menipis tetapi hanya Zahid tempat mereka berpaut memandangkan tiada hero alternatif yang akan selamatkan Najib.
“Banyak tekanan kepada Zahid ini dah lepas dalam konteks beliau dah mampu mengatakan saya dah buat afidavit, maka saya dah bangkitkan isu ini dan saya dah buat banyak perkara.
“Dia akan taichi- Sebab itu Umno perlu berada dalam kerajaan untuk membuat tekanan-tekanan dan pengaruh di belakang tabir dan mungkin anda tak puas hati, saya tak puas hati juga sebab itu kita perlu berada dalam kerajaan.
“Saya rasa dia berjaya, tindakan afidavit dah tunjuk komitmen Zahid nak bantu Najib itu jelas maka setakat ini masih laku,” kata Shahril.
Khairy pula menyatakan tindakan Zahid itu dinamakan ‘taktik beli masa’.
“Saya dengar penyokong Najib dan akar umbi Umno, mereka pun jangka taichi itu akan berlaku mereka akan desak tindakan drastik jika mereka terima taktik Zahid.
“Tak ada kesimpulan mesti ada kata dua kepada kerajaan segera or else iaitu tarik sokongan,” katanya.