GTA Bukan Perkauman – Tun Mahathir

- Advertisement -

GTA : Bukan bakar api perkauman, cuma mahu kurangkan jarak miskin dan kaya – Tun M

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan perjuangannya membela nasib orang Melayu cuma bertujuan mengurangkan jarak antara miskin dan kaya di negara ini bukannya bermotif untuk menyemarakkan api perkauman seperti didakwa.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, masyarakat manusia perlu ambil iktibar daripada peristiwa rusuhan antara miskin dan kaya.

Kata beliau, sekiranya masyarakat ingin mengelakkan permusuhan yang ganas berlaku antara miskin dan kaya, jarak antara miskin dan kaya dari segi pendapatan hendaklah dikurangkan.

“Di Malaysia kita juga sedar ada perbezaan yang ketara antara yang miskin dengan yang kaya. Yang lebih bahaya ialah miskin dan kaya dikait dengan kaum.

“Demikian ramai yang miskin terdiri dari orang Melayu dan yang kaya dari orang Cina. Memang pun kedua-dua kaum tidak rapat dalam hubungan antara mereka,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pun begitu, Mahathir berkata, perasaan perkauman tidak disukai oleh para intelek. Tetapi hakikatnya ialah perasaan ini terdapat dalam semua kaum di Malaysia.

“Kemungkinan rusuhan antara kaum berlaku kerana dipisah juga oleh kemiskinan dan kekayaan antara mereka tidak boleh dipandang ringan.

“Ada pihak yang akan berkata perkara ini tidak patut disuarakan. Konon menyuarakan perkara ini sama seperti menggalakkan isu ini disedari dan dijadikannya sebagai isu yang boleh membakar perasaan kaum-kaum. Kononnya lebih baik perkara ini dilupakan sahaja.

” Malangnya jika isu ini tidak ditangani dengan bijak ia akan jadi lebih teruk. Dan apabila ia meletup, permusuhan akan jadi lebih buruk dan lebih sukar ditangani. Adalah lebih baik jika awal-awal lagi sebelum jarak perpisahan menjadi lebih teruk tindakan diambil untuk meredakan keadaan,” jelas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi.

Sebab itu kata Mahathir, ‘affirmative action’ atau tindakan mengurangkan jarak perpecahan, perlu dilakukan lebih awal.

” Ya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikatakan gagal. Tetapi dalam bidang pelajaran ia berjaya kurangkan jarak antara kaum. Dalam bidang ekonomi, kelemahan DEB telah dikenal pasti.

“Pembetulan juga sudah dibuat. Dengan ini DEB akan mencapai kejayaan yang lebih baik,” ujar Mahathir.

Tambah beliau yang juga Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), dalam sejarah manusia yang miskin biasanya bermusuh dengan yang kaya.

“Kerapkali pula permusuhan antara mereka berakhir dengan rusuhan berdarah. Contoh yang jelas ialah perang saudara yang berlaku di Perancis dan Rusia. Apabila menang puak yang miskin akan membunuh puak yang kaya. Demikian dengan raja Perancis dan Rusia.

“Di United Kingdom (UK) puak miskin tidak mengganas. Dengan mengguna mogok atau strike, pekerja yang rata-rata miskin memaksa masyarakat memberi kuasa kepada puak pekerja. Dan wujudlah parti buruh,” kata beliau.

GTA dikritik oleh penganalisis politik katanya, hanya cantik di atas kertas tetapi sukar memberi impak kepada politik tanah air kerana dianggotai ‘kumpulan picisan’.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, keanggotaan GTA tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam usaha menarik undi simpati orang Melayu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat