Usah diamkan kepincangan penyelewengan LCS- Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak segera mengambil tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membabitkan kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, jika wujud sebarang salah laku, penyelewengan mahupun unsur-unsur rasuah, pihak SPRM harus segera mengambil tindakan tegas dan pantas membawanya ke pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya termasuk pendakwaan.

“Selagi tiada pendakwaan mahupun tindakan tegas undang-undang bagi sebarang bentuk salah laku, selagi itulah pelbagai polemik bakal timbul seolah-olah kepincangan didiamkan dan dibiarkan berlaku begitu sahaja,” kata Asyraf dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, Pemuda UMNO menggesa SPRM segera menyelesaikan siasatan bersandarkan laporan PAC mengenai kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir pantai untuk kegunaan TLDM yang dianugerahkan kepada Syarikat Milik Kerajaan (GLC) Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Difahamkan laporan SPRM telahpun dibuat sejak tahun lepas namun sehingga hari ini belum ada apa-apa maklumat mengenai hasil siasatan ataupun tindakan di peringkat Peguam Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat