Peneroka Felda hargai jasa baik Idris Jusoh lupus hutang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peneroka Felda menghargai jasa baik Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh kerana membawa perubahan drastik kepada Felda.

Ketua Peneroka Kebangsaan Felda, Sulong Jamil Mohamed Sharif berkata, beliau mewakili 112,638 peneroka seluruh negara mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Idris Jusoh kerana membawa perubahan positif.

“Walaupun baru setahun,menjawat jawatan Pengerusi Felda, beliau telah melakukan banyak perkara seperti pelupusan sebahagian besar pinjaman peneroka.

“Beliau dan pengurusan tertinggi Felda mendengar cadangan daripada peneroka apabila membuat penambahbaikan inisiatif dan perjanjian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Sulong Jamil, hubungan yang baik di antara Idris dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed menyebabkan semua proses untuk memulihkan semula Felda,seperti pengambil alihan FGV berjalan dengan lancar.

“Kedua-dua mereka sentiasa bekerja keras untuk membantu Perdana Menteri memastikan Felda terus efisyen untuk bergerak ke hadapan.

“Saya berharap agar semua warga Felda terus memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Idris Jusoh untuk membawa agenda perubahan kepada Felda,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat