Ahmad Maslan hantar surat bayangkan tindakan pecat jika Ahli Parlimen UMNO ingkar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen UMNO agar memberi kenyataan bertulis menyatakan pendirian mereka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selewat-lewatnya Sabtu ini.

Dalam surat bertajuk “SURAT MENUNTUT KENYATAAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT UMNO BERKENAAN PENDIRIAN TERHADAP KEPUTUSAN MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO”, Ahmad Maslan meminta semua Ahli Parlimen UMNO agar menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos 2021.

Borang tersebut meminta Ahli Parlimen UMNO menyatakan sama ada

(1) TIDAK MENYOKONG KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL DAN AKAN MELETAKKAN JAWATAN YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL; atau

(2) MENYOKONG KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL DAN TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN
PERIKATAN NASIONAL

Bagaimanapun Ahmad Maslan turut mengingatkan Ahli Parlimen agar patuh kepada ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, yang antara lain menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung UMNO itu juga turut mengingatkan “adalah perlu untuk mana-mana Ahli UMNO mematuhi dan menghormati segala perintah dan keputusan parti selaras dengan Fasal 20.9(b) dan Fasal 20.9(d) Perlembagaan UMNO dengan cara menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin dan meletakkan segala jawatan yang dilantik oleh Kerajaan Perikatan Nasional selaras dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO tersebut.”

Bersama surat dan borang jawapan turut disertakan sebahagian peraturan disiplin UMNO yang memberi gambaran UMNO akan memecat atau menggantung Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan keputusan MKT UMNO.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat