Menteri, Timbalan Menteri UMNO Perlu Letak Jawatan Jika Patuh Pada Parti – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri UMNO agar meletak jawatan masing-masing sebagai menghormati dan patuh kepada keputusan parti.

Memetik laporan Utusan Online, Zahid berkata, Menteri dan timbalan menteri daripada UM­NO sepatutnya meletak jawatan daripada Kabinet di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mentaati keputusan dibuat parti itu.

Senada dengan Ahmad Zahid adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Mas­lan yang berkata, menteri dan timbalan menteri daripada UM­NO sewajarnya meletak jawatan.

“Tndakan tersebut selaras dengan keputusan parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

“Terserah kepada mereka. Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan seperti yang dibuat Shamsul (Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah), “ katanya ketika dihubungi Utusan semalam.

Kelmarin, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak mempertahan Kerajaan PN.

Berikutan ketetapan itu, Shamsul Anuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Ketika ini, seramai lapan menteri UMNO dan lima timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan PN. Mereka ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri); Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan); Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan); Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar); Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ); Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) dan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Lima timbalan menteri dari UMNO pula ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Sementara itu, dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Ahmad Zahid berkata, UMNO sudah mempersembahkan Surat Akuan tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penarikan sokongan terhadap kerajaan PN.

Katanya, surat akuan adalah lanjutan warkah terdahulu yang melampirkan lapan Surat Akuan ahli-ahli Parlimen UMNO kepada Seri Paduka pada 30 Julai lalu.

Katanya, warkah itu sudah cukup untuk menunjukkan kepemimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti.

Ujarnya, kenyataan Perdana Menteri dalam perutusan khasnya mendakwa kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar sedangkan sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai 114 ahli Parlimen yang menyokong.

“Oleh itu, UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga September ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat