Ingkar keputusan UMNO, Ismail Sabri bakal dirujuk Lembaga Disiplin- Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berdepan ‘akibat’ kesan daripada tindakannya menyanggah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malah memilih berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Amaran itu dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hmaidi.

Menurut Zahid yang dipetik The Vibes, Ismail pada mulanya bersetuju untuk akur keputusan parti.

“Ismail Sabri berada dalam mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan MKT untuk tarik sokongan daripada PN, malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti (segala) keputusan parti.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti,” tegasnya.

Zahid menambah bahawa beliau akan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin UMNO, yang diketuai oleh Tan Sri Zulhasnan Rafique, untuk memutuskan tindakan terhadap Ismail.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail itu,” ujar Zahid.

Ismail tampil berdiri di sebelah Muhyiddin semalam ketika Presiden Bersatu itu menegaskan bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan menyatakan kesediaan berdepan undi percaya pada persidangan September ini.

Sehari sebelum itu, 11 ahli Parlimen UMNO, termasuk Zahid, telah menarik sokongan daripada Muhyiddin.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak itu memberi gambaran mendakwa lebih banyak pemimpin UMNO akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat