Benarkan Individu Lengkap Dua Dos Rentas Negeri Bagi Pelancongan Domestik – MATA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Benarkan individu yang sudah mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19 merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik.

Itu harapan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun yang melihat betapa pentingnya untuk mengimbangi semula kerugian, sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat tempatan dalam bidang terbabit.

“Dengan adanya kebenaran ini dapat merancakkan kembali industri pelancongan yang sudah lama terhenti akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu memastikan imuniti kelompok dicapai di lokasi pelancongan terkenal tempatan bagi membolehkan pembukaan semula industri pelancongan.

“MATA menyaran agar Kerajaan dapat meluaskan program imunisai ke pulau peranginan lain supaya lebih banyak pihak yang terbabit dalam industri pelancongan dapat divaksinasikan secara besarbesaran,” jelas beliau dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Ini kerana jelasnya, pembukaan semula pelancongan domestik disifatkan penting untuk mengimbangi semula kerugian.

“Ia sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat tempatan dalam bidang terbabit terutamanya melibatkan ahli-ahli kami.

“MATA memandang, program vaksinasi ini amat penting kepada barisan hadapan dalam bidang pelancongan seperti pekerja hotel, sektor penerbangan dan sub pelancongan seperti pekerja spa dan mereka terbabit dalam seni muzik,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat