Malaysia Tidak Akan Jadi Negara Tong Sampah

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berikrar Malaysia tidak akan menjadi negara yang menempatkan sampah dari seluruh dunia, menegaskan pendirian untuk menghantar semula sampah berkenaan ke negara asal.

Beberapa hari sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada Mac, kementerian mengesan 13 kontena yang mengandungi sisa toksik dan 42 kontena mengandungi bahan plastik.

“Malaysia tidak akan menjadi tong sampah dunia. Kita akan bertindak tegas terhadap sebarang unsur yang cuba bawa masuk kontena sisa toksik dan plastik serta sebagainya.

“Saya sendiri turun ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor setelah dapat maklumat ada 110 kontena dan kini dalam pengurusan untuk hantar semula ke negara asal, iaitu Romania,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kuala Krai (PN-PAS) Abdul Latiff Abudl Rahman, yang mempersoalkan bagaimanakah cara kementerian mengatasi dan mencegah masalah itu.

Tuan Ibrahim berkata, antara negara-negara terlibat menghantar bahan plastik adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Vietnam dan Korea Selatan.

“Malaysia mesti bebas dari elemen-elemen ini kerana kita sudah menandatangani konvensyen Basel,” katanya.

Usaha untuk menghantar semula sisa toksik dan bahan plastik ke negara asal giat dilaksanakan sejak pentadbiran lepas.

Pada Januari lalu, kementerian memaklumkan 150 kontena sisa pepejal plastik dianggarkan 3,737 tan metrik berjaya dihantar pulang ke negara asal sejak suku ketiga tahun lalu dan tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat