SPRM Bebas Buka Semula Kes Banglo Babitkan Guan Eng

Pemilihan Presiden USA: Biden Menang Pusingan Pertama Debat Dgn Trump

SEJARAH akan mencatatkan bahawa Joe Biden memenangi perbahasan pada Selasa malam dengan menunjukkan satu perkara penting: dia tidak nyanyuk. Selama 47 bulan terakhir, tingkah...

Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Alam Semula Jadi Dalam Bandar, Gamuda Gardens Hasilkan Kediaman Dengan Ciri Co-Living

Antara kriteria rumah idaman yang susah nak jumpa ialah rumah yang bertemakan alam semula jadi. Terletak di bandar tapi nak ada landscape yang cantik dan penuh...

8 Tempat Makan Yang Sedap Dan ‘Murah’ Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

Adakah anda pernah berkunjung ke Johor Bahru dan pening kepala mahu makan apa? Mungkin perkongsian ini akan menjimatkan masa anda memilih tempat makan apabila...

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk membuka semula siasatan berhubung pembelian banglo bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng jika ada bukti baru.

Dalam jawapan bertulis parlimen, menteri undang-undang Takiyuddin Hassan berkata tidak ada halangan bagi SPRM untuk melakukannya kerana ia adalah badan penguatkuasaan yang bebas.

“SPRM adalah sebuah badan bebas dalam menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Tiada halangan untuk membuka semula siasatan sekiranya terdapat fresh evidence (bukti baru) di dalam kes tersebut,” katanya sebagai menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas).

Takiyuddin berkata, peguam negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Tommy Thomas pada awalnya telah memohon ke mahkamah untuk pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes berkenaan.

“DNAA bermaksud tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan dan bukan bermaksud pelepasan sepenuhnya.

“Namun demikian mahkamah setelah mendengar hujah pihak peguam negara terdapat new lead (petunjuk baru), mahkamah telah memberikan pelepasan sepenuhnya kepada tertuduh.

“Selepas itu peguam negara tidak lagi membuat apa-apa permohonan rayuan berhubung keputusan mahkamah,” katanya.

Ahli parlimen PAS itu bertanya adakah kerajaan berhasrat untuk membuka semula siasatan kes rasuah yang melibatkan Lim itu.

Pemimpin Umno, terutama yang dituduh dengan berbagai tuduhan jenayah, menggesa keajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin harus bertindak adil dengan mengadili pemimpin pembangkang.

Gesaan itu termasuk dari bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan atas semua tuduhan yang melibatkan SRC International Sdn Bhd dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor, yang didakwa kerana menerima rasuah.

Lim sebelum ini dituduh dengan dua tuduhan – satu kerana dituduh meminta sogokan atas pertukaran tanah dari status pertanian menjadi kediaman, dan satu lagi, untuk pembelian sebuah banglo dengan harga di bawah pasaran.

Selain itu, Lim juga dipanggil oleh SPRM berkaitan dengan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Setakat ini, SPRM telah menangkap seorang pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan menyerbu tiga syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah mengaitkan siasatan dengan pengubahan wang haram.

Projek itu dirancang semasa Lim menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...