Malaysia sedia hulur bantuan kepada Lebanon – PM

Penutupan Penuh Ekonomi Boleh Diganti Dengan Langkah Lain – Azmin

KUALA LUMPUR: Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kerajaan berkenaan cadangan penutupan penuh aktiviti ekonomi bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,...

CAAM Umum Arahan Dron Baharu Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron pada bulan depan. Timbalan...

Proklamasi Darurat: Beri Rakyat Kefahaman Jelas – Syed Ali

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan. Pengerusi Yayasan...

Kerajaan Cuba Sebaik Mungkin Elak Pelaksanaan PKP Sepenuhnya: MOF

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mencuba sebaik mungkin untuk mengelakkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya yang menghalang sebarang aktiviti ekonomi dengan penutupan semua...

TLDM Usir 25 Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh masuk ke perairan negara kira-kira 52 batu nautika...

KUALA LUMPUR: Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut awal pagi tadi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu dan berdoa agar keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu, serta berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Malaysia bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Lebanon.

“Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia di Beirut dilaporkan selamat,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebooknya

Dalam kejadian pada pagi Selasa, satu letupan besar di pelabuhan di Beirut telah menggegarkan ibu kota Lubnan dan mengakibatkan lebih 78 mangsa terbunuh manakala 4,000 lain cedera.

Letupan dikatakan berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

Akibat itu, beberapa bangunan di sekitar kawasan tersebut termasuk kediaman bekas Perdana Menteri Saad Hariri yang dilihat musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer.

Terdapat juga rakaman dari pelabuhan menunjukkan kerosakan besar pada bangunan dan kereta, serta orang yang cedera dalam letupan itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan