Lompat Parti Dosa Besar Kata Nik Abduh

- Advertisement -

Kuala Lunpur – Lompat parti adalah ‘dosa besar’ yang harus dielakkan oleh wakil rakyat Pas apabila memenangi mana-mana kerusi pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, meskipun tiada lagi bai’ah talak tiga yang mengikat setiap calon parti daripada jadi pengkhianat tetapi pemilihan sebagai calon itu adalah amanah yang besar.

“Mengkhianati amanah parti adalah dosa besar. Pada asasnya, pemilihan sebagai calon sudah cukup menjadi pengikat kami daripada lompat parti.

“Saya setuju sepenuhnya kenyataan Presiden. Janji setia ahli Pas, lebih-lebih lagi wakil rakyat adalah melalui kefahaman prinsip perjuangan politik Islam yang tidak boleh dikhianati,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak lagi akan mengguna pakai kandungan sumpah bai’ah talak tiga kepada calon parti yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Abdul Hadi menjelaskan, parti itu tetap berpegang teguh kepada dasar utama iaitu kesetiaan ahli dan pemimpin melalui bai’ah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemilihan calon yang tepat juga memainkan peranan penting supaya calon yang dipilih itu tidak akan mengkhianat parti dalam apa juga keadaan.

Katanya, ia adalah penting bagi memastikan Pas tidak berdepan masalah seperti apa yang dihadapi parti politik lain yang mempunyai wakil rakyat yang tidak setia.

“Bagi saya, isu lompat parti tidak timbul jika calon dipilih daripada mereka yang benar-benar berkelayakan.

“Saya yakin sebelum ini pun pemilihan calon Pas adalah tepat kerana ia akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura,” katanya.

Sebelum ini, Pas mengamalkan sumpah bai’ah sebagai pendekatan bagi menjaga parti daripada tawaran musuh politik untuk wakil rakyat melompat parti.

Bai’ah tersebut dikatakan memberi implikasi negatif sehingga melibatkan talak isteri serta berdepan risiko kerana sumpah itu akan ‘memakan diri’ apabila tidak lagi bergelar pemimpin Pas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat