PRN Sabah: PBS Bertanding 30 Kerusi

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertanding 30 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah dan sedang proses pemilihan akhir senarai calonnya yang akan bertanding nanti.

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Radin Malleh berkata partinya sedang menganalisis kekuatan dan sokongan parti itu dikesemua 73 kerusi yang akan dipertandingkan pada PRN kali ini, dan kita berpontensi untuk menang sebanyak 30 kerusi.

“Kami merancang untuk bertanding 30 kerusi kerana kami mahu bersikap wajar, realistik dan praktikal, dan kita akan senaraikan calon muka baru termasuk wanita katanya dalam mesyuarat Biro Politik malam tadi.

“Sebagai parti berbilang kaum, PBS mampu memenangi kerusi yang ditandinginya, baik di kawasan Kadazan-Dusun-Murut- Rungus (KDMR), Bumiputera Muslim dan majoriti Cina, sementara di kawasan di mana PBS tidak bertanding, kami akan menyokong calon dari parti sehaluan yang mempunyai objektif yang sama untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Warisan,” tambahnya.

“Kita akan guna bendera sendiri, simbol berjabat tangan setelah 16 tahun katanya lagi.

PBS yang dibentuk pada 1985, telah menggunakan bendera sendiri pada empat Pilihan Raya negeri (1985, 1986, 1990 dan 1994), dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) pada 2002, parti itu telah bertanding menggunakan logo BN pada 2004, 2008, 2013 dan sehingga pilihan raya umum 2018 yang lepas.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat