Zahid perlu buktikan kenyataan Tun M tak benar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Tun Dr Mahathir Mohamad dikenakan injunksi interim ke atas beliau telah ditolak dengan kos sebanyak RM 5,000 untuk dibayar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu Tetuan Haidir & Co memaklumkan, kes ditetapkan untuk pengurusan kes bagi tindakan utama pada 23 Ogos 2022.

“Pada pagi ini, jam 10 pagi, permohonan injunksi interim yang dipohon oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad telah didengar di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusof.

“Mahkamah dalam mendengar permohonan injunksi interim tersebut telah memutuskan bahawa ini bukanlah peringkat bagi pihak-pihak menghujahkan berkenaan merit kes,” katanya.

Justeru, katanya Zahid selaku plaintif di dalam tindakan ini perlu membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir adalah tidak benar.

“Berdasarkan pembelaan-pembelaan justifikasi (justification), komen berpatutan (fair comment) dan perlindungan bersyarat (qualified privilege) yang dikemukakan oleh peguam-peguam bagi pihak Dr Mahathir, mahkamah keberatan untuk membenarkan perintah injunksi interim yang diminta oleh Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat