Filem Mat Kilau suntik semangat nasionalisme, patriotisme

- Advertisement -

Kuantan: Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, yang mencetus fenomena menjadi bukti bahawa generasi hari ini amat memerlukan medium seperti filem ini untuk menyuntik semangat nasionalisme dan patriotisme dalam diri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sesungguhnya negeri dan tanah air ini dibina dengan darah, keringat serta semangat perjuangan tinggi yang perlu dihayati serta dihargai.

“Terbangkit semangat saya tatkala melihat aksi persilatan dan susunan kata-kata sarat nasihat dalam filem Mat Kilau.

“Terasa benar aura perjuangan Mat Kilau, tokoh pahlawan dari Pahang yang cukup terkenal dengan keberanian menentang penjajah,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas menonton filem Mat Kilau sempena Malam Patriotik di sebuah pawagam di sini, malam tadi.

Menurut beliau, filem itu berjaya mengangkat martabat dan kehebatan Pahang dalam melahirkan tokoh pejuang seperti Mat Kilau, Tok Gajah juga Datuk Bahaman.

Kata beliau, mereka bukan sahaja handal bersilat dan cekap bermain senjata malah penuh ilmu di dada selain kaya dengan budi bahasa.

Sementara itu, ketika berucap selepas menyaksikan filem itu, beliau berkata, kerajaan negeri sedia memberi kerjasama jika Mat Kilau 2 ingin diterbitkan.

“Kita doakan semoga kemungkinan ada filem Mat Kilau 2 dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan bantu untuk menjayakannya jika ia diterbitkan.

“Saya juga harap semangat Mat Kilau tidak berakhir di pawagam sebaliknya berterusan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat