Xiaomi 12S Ulta dengan kejuruteraan bersama Leica

- Advertisement -

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Xiaomi memperlihatkan Siri Xiaomi 12S mereka hasil kejuruteraan bersama dengan Leica sekali gus menghasilkan kualiti kamera pada tahap terbaik.

Menerusi peranti Xiaomi 12S Ultra berkenaan, ia menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang juga 21 peratus lebih kecil berbanding cip generasi terdahulu iaitu 8 Gen 1.

Peranti ini akan menyokong pengecas pantas berwayar 67W manakala untuk pengecas tanpa wayar adalah 50W termasuk pengecas berbalik atau ‘reverse wireless charging’ pada tahap 10W.

Ia juga akan didatangkan dengan kapasiti bateri 4,860 dengan sel anod silikon-oksigen bersama cip Xiaomi Surge P1 pengecas pantas untuk kemudahan pengguna.

Bagi meningkatkan lagi kualiti imej gambar bagi peranti ini, ia penggunakan sensor satu inci Sony IMX989 bersama 50.3 megapiksel Quad Bayer Array termasuk teknologi pelbagai lapisan ALD.

Xiaomi 12S Ultra ini juga menggunakan sensor sudut ultra lebar 48MP sama dengan sensor telefoto sekali gus menghasilkan satu rakaman gambar terbaik dengan pengurangan gangguan pada tahap maksimum.

Peranti ini juga bakal didatangkan dengan variasi memori (RAM) 8GB atau 12GB bersama-sama storan bermula 256GB sehingga 512GB.

Sistem operasinya menggunakan pemuka MIUI 13 yang berasaskan kepada Android 12.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat