Fasa 2 PPN : PdPR Masih Kekal Di 5 Negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di lima negeri yang beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan terus dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan pada sidang media, 6 Jun 2021.

“Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin pada 6 Jun lalu.

“Ini bermakna, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara PdPR sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.

“Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 2021 bagi negeri kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri kumpulan B akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula,” jelas KPM.

Dalam kenyataan yang sama, bagi Fasa 2 PPN, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.

MKN turut membenarkan sekolah beroperasi untuk sesi PdP secara bersemuka, tetapi terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja.

Terdahulu Menteri Kanan (Keselamatan) pada 3 Julai 2021 mengumumkan peralihan ke Fasa Dua PPN bagi negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat