Anak didakwa, rencana bunuh karektor politik saya – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa pendakwaan terbaru ke atas anak beliau adalah siri perancangan pembunuhan karakter politik (political character assassination) yang sebenarnya ditujukan kepadanya sebagai Ketua Pembangkang.

“Tak dapat tanduk, telinga dipulas. Pendakwaan terbaru ke atas anak saya adalah siri perancangan pembunuhan karakter politik (political character assassination) yang sebenarnya ditujukan kepada saya sebagai Ketua Pembangkang.

“Ini setelah segala usaha Kerajaan PH-BN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperalatkan pelbagai agensi kerajaan bagi mencipta naratif, persepsi serta mengada-adakan pertuduhan politik ke atas pemimpin Parti Bersatu termasuk saya gagal,” dakwa Hamzah dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Setiausaha Agung PN itu lagi, ini merupakan taktik lapuk yang memperlihatkan kemandulan Kerajaan PH-BN dalam usaha terdesak mereka menutup mulut para pengkritik dengan menyasarkan pemimpin PN dan ahli keluarga mereka.

“Saya percaya akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan dan kezaliman,” tegas Ahli Parlimen Larut itu.

Awal hari ini, perunding syarikat, Muhammad Faisal Hamzah, 40, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.

Tahun lalu, Faisal dan seorang individu didakwa atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat