Mustahil MCA bubar sertai DAP – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak ada kemungkinan untuk MCA dibubarkan dan kemudiannya menyertai DAP.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan mengenai perkara itu hanya dilontarkan dan merupakan pandangan peribadi Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin.

“Bagi saya perkara itu tidak timbul. Secara terus terang saya katakan itu pandangan beliau sahaja.

“Beliau boleh beri pandangan tapi bagi saya yang pertamanya, ini bukan pendirian parti dan yang kedua saya tidak nampak ada kemungkinan seperti itu,” katanya lapor Utusan di Seremban semalam.

Semalam media melaporkan, Zhemin menyarankan supaya MCA dibubarkan dan menyertai DAP sekiranya masih berhasrat memperjuangkan nilai majmuk, keadilan dan kemajuan sejati di negara ini. Zhemin merupakan Pengarah Pendidikan Politik DAP Perak.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan sementara itu berkata, kerajaan bercadang mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo yang menghubungkan terus Kuala Lumpur ke Bangkok di Thailand.

Katanya, perkhidmatan berkenaan bertujuan meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara sekali gus mengintegrasikan ekonomi ASEAN.

Tambah beliau, perkara itu juga telah dipersetujui oleh Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong penuh usaha berkenaan yang dijangka dapat dimulakan tahun ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat