Sektor Ekonomi Di Selangor Dibenar Beroperasi Mengikut SOP Ditetapkan – MITI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua sektor ekonomi termasuk sektor perkilangan beroperasi di enam daerah di Selangor yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali aktivitI disenaraikan sebagai ‘negative list’ Prosedur Operasi Standard (SOP) Am PKP 3.0.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata SOP Am PKP 3.0 adalah berdasarkan SOP yang sedia ada kecuali ‘dine-in’ (makan di restoran), ia tidak dibenarkan.

“Syarikat perlu mematuhi SOP tersebut dan tertakluk kepada tatacara bekerja dari rumah sedia ada iaitu hanya 30 peratus kakitangan pengurusan boleh hadir ke pejabat seperti biasa tanpa sekatan waktu bekerja manakala kehadiran pekerja operasi atau sokongan ditentukan oleh majikan mengikut budi bicara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SOP tersebut boleh diakses di laman web Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my.

Justeru itu, MITI menyeru agar pihak industri terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kejayaan mengawal penularan wabak COVID-19.

“Aktiviti penguatkuasaan akan dipertingkatkan oleh agensi penguatkuasa berdasarkan penilaian Sistem Amaran Awal ‘Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE)’ yang mampu mengesan lokasi berisiko tinggi yang menjadi punca kepada penularan wabak COVID-19,” katanya.

Menurut MITI, langkah itu lebih bersasar dan efektif berbanding langkah penutupan secara keseluruhan.

“Mana-mana syarikat yang didapati tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penutupan operasi syarikat untuk tempoh tertentu,” katanya.

Selain itu, MITI juga menyaran agar semua agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan mengambil langkah proaktif dan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan persekutuan bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk keselamatan bersama. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat