Polis Tahan Bapa Beri Anak Berusia 2 Tahun Hisap Vape

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang tular memberi anaknya menghisap rokok elektronik atau vape ditahan semalam.

Penahanan berusia 23 tahun itu dilakukan di rumahnya di Setapak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pada mulanya, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan pemeriksaan di Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas,Jalan Genting Klang, Setapak kira-kira pukul 4.50 petang.

“JKM dan PDRM kemudian menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan membawanya bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kedua-dua mereka kini ditahan di wad HKL,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, kata Arifai, kejadian itu dirakam ibu kanak-kanak berkenaan namun perbuatan memberikan vape itu dilakukan bapanya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Taman Sahabat Jaya di Batu Caves, Selangor pada Ahad lalu.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001,” jelasnya.

Terdahulu, tular dalam laman sosial video menunjukkan menunjukkan bapa kepada kanak-kanak tersebut memberi anaknya itu menghisap rokok elektronik atau vape sehingga mengundang kemarahan warganet.

Klip video berdurasi 12 saat itu menunjukkan mangsa yang sedang menonton video animasi kanak-kanak di telefon bimbit disuap dengan vape sebanyak dua kali.

Malah pada sedutan kali kedua jelas menunjukkan mangsa terasa seperti sukar bernafas.

Pada mulanya, wanita terbabit tetap mempertahankan tindakannya dengan menegaskan bebas memuat naik apa sahaja di laman sosialnya.

Namun selepas dikecam netizen, wanita terbabit meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan video itu dan memohon maaf kerana tidak sangka tindakannya memuat naik video itu mengundang persepsi tidak elok selain bimbang kejadian buruk berlaku kepada anaknya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat