Penggunaan Katil Pesakit Covid-19 Di HSB Capai Tahap Kritikal – Exco Kedah

ALOR SETAR – Penggunaan katil pesakit Covid-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sudah mencapai tahap kritikal iaitu sebanyak 92 peratus setakat Isnin.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, sebanyak 134 daripada 145 buah katil telah digunakan untuk merawat pesakit.

Beliau berkata, penggunaan katil bagi merawat pesakit Covid-19 yang serius di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan pula sudah mencapai tahap 67 peratus iaitu 16 daripada 24 buah katil sedang digunakan.

“Penggunaan katil di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pula mencecah 68 peratus iaitu 34 daripada 50 buah katil untuk merawat pesakit Covid-19, namun empat buah katil yang disediakan di ICU tidak digunakan.

“Bagaimanapun, di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi tidak mencatatkan sebarang penggunaan untuk merawat pesakit Covid-19 walaupun sebanyak 20 katil disediakan bersama satu katil di ICU,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Dr Mohd Hayati berkata, jumlah katil yang digunakan di ketiga-tiga hospital tersebut ialah sebanyak 215 buah dan setakat Isnin sebanyak 184 buah katil sedang digunakan.

Menurutnya, bagi pesakit Covid-19 yang bergejala ringan dan tidak bergejala dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Petani pula, kapasiti penggunaan katil sudah mencecah 89 peratus atau 177 daripada 200 buah katil yang disediakan.

“Satu lagi pusat kuarantin di ILKKM Kulim telah mencatatkan penggunaan katil sebanyak 55 peratus. Jumlah ini bersamaan 165 daripada 300 katil yang disediakan menjadikan jumlah keseluruhan katil yang digunakan di PKRC berkenaan ialah 342 daripada 500 buah katil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri ini mengambil berat dan berhati-hati dengan penularan pandemik yang sedang berlaku di Kedah dan negeri-negeri lain.

“Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor juga pada sidang media beliau turut menasihatkan orang ramai yang ada masalah kesihatan tidak perlu berkunjung ke tempat orang ramai.

“Sekarang ini antara kluster yang kita risau adalah kluster masjid yang membabitkan program tadarus dan kita harap rakyat lebih berhati-hati dengan suasana yang ada ini sebab tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Pada Selasa, media melaporkan Pekan kecil Relau di Bandar Baharu lumpuh selepas lebih 100 penduduknya positif Covid-19 dan perkara itu tercetus selepas seorang penduduk wanita yang positif pandemik itu hadir majlis keagamaan di kawasan berkenaan. – Sinar

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...