17 Kematian, 3,744 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes COVID-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan apabila 3,744 kes baharu direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 424,376 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, Selangor mencatatkan peningkatan lebih sekali ganda iaitu sebanyak 1,548 kes berbanding semalam, 675 kes.

“Daripada jumlah kes di Selangor, 1,051 daripadanya adalah daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ia diikuti Kelantan (480) dan Sarawak (419) manakala 35 kes yanh dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) iaitu Kluster Pagar Sri Lalang (31 kes), Kluster Jalan Meru Utama (2 kes), dan Kluster DTI Lenggeng (1 kes),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini meningkat ke 32,939 kes dan daripada jumlah itu 328 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 185 masih memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai 17 kes kematian yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata kesemuanya membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 ialah 1,591 kes.

Sembilan kes kematian itu dilaporkan di Selangor, masing-masing dua kes di Johor, Perak, dan Sarawak, serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Negeri Sembilan.

Beliau turut memaklumkan terdapat 20 kluster baharu yang dikesan hari ini iaitu lapan membabitkan tempat kerja, enam dalam komuniti, empat sektor pendidikan termasuk tiga di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan dua kluster keagamaan.

“Kluster di tempat kerja ialah Kluster Jalan Padang Lalang (Pasir Mas) menjangkiti 15 kes; Kluster Jalan Sawit (Sarikei, Sarawak) menjangkiti 18 kes serta Kluster Tanjong Kibong (Sibu) menjangkiti 35 kes.

“Turut dikesan ialah Kluster Sri Manjalara (Kepong) menjangkiti enam kes; Kluster Persiaran Layar Perak (Johor Bahru) menjangkiti 13 kes dan Kluster Taman Pertama (Manjung, Kinta dan Perak Tengah) menjangkiti 10 kes.

“Selain itu ialah Kluster Kopitiam Machap Baru (Alor Gajah dan Jasin di Melaka) menjangkiti 20 kes; Kluster Mutiara Bentong (Bentong dan Temerloh) menjangkiti 15 kes serta Kluster Kampunh Paya Ular (Pasir Mas) menjangkiti 41 kes,” katanya.

Dalam komuniti pula, Dr Noor Hisham berkata kluster yang dikesan ialah Kluster Sungai Mas (Bintulu) menjangkiti 53 kes serta Kluster Mongkos (Kuching dan Tebedu) menjangkiti 23 kes.

“Bagi Kluster Jalan Dato Onn ia dikesan di Kota Tinggi dan menjangkiti sembilan kes; Kluster Tanah Putih Baru (Kuantan) menjangkiti 26 kes serta Kluster Mahkota Height (Kuantan) menjangkiti 11 kes.

“Kluster Taman Medan pula dikesan di Petaling dan menjangkiti 27 kes; Kluster Jalan Yaacob Latif (Cheras) menjangkiti enam kes; Kluster Persiaran Setia Prima (Petaling dan Klang) menjangkiti 27 kes.

“Tiga kluster terakhir ialah Kluster Jalan Kukup (Pontian) menjangkiti lima kes, Kluster Seruling Dua Belas (Hulu Selangor) menjangkiti 12 kes dan Kluster Jalan Damai Bakti (Cheras, Titiwangsa dan Kepong) menjangkiti 20 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 2,304 kes sembuh dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 389,846 kes. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat