Semua Sekolah Di KL, Putrajaya Ditutup Mulai Esok – KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup esok dan lusa.

KPM menerusi kenyataan hari ini memutuskan demikian berikutan penutupan semua sekolah di bawah KPM di Selangor pada tarikh sama.

“Keputusan KPM untuk menutup sekolah adalah bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti dan pergerakan antara negeri memandangkan kedudukan kedua-dua wilayah ini yang bersempadanan dengan daerah-daerah dalam negeri Selangor,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan dalam tempoh penutupan tersebut, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid.

Sementara itu, pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang ditetapkan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga.

KPM turut memaklumkan semua sekolah di bawah kementerian itu di Selangor akan ditutup pada tarikh sama berdasarkan syor Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS).

Keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira tempoh persekolahan yang hanya berbaki dua hari sebelum sekolah ditutup sempena cuti Aidilfitri tahun ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat