Muatnaik Sijil Kelahiran, Adik Jakel Mahu Buktikan Dirinya Melayu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Mohamed Jakel sekali lagi mencuri tumpuan ramai.

Terbaharu, Muzaffar tampil di media sosial dengan memuat naik foto sijil kelahirannya.

Menerusi foto itu, kelihatan beberapa butiran peribadi termasuk nama penuh, kewarganegaraan, keturunan dan pekerjaan bapanya.

“Ini adalah sijil kelahiran saya,” katanya di Instagram, semalam.

Tindakan memuatnaik sijil kelahiran itu dibuat bagi membuktikan dirinya sebagai keturunan Melayu setelah dikecam hebat netizen.

Sebelum ini, Muzaffar menjadi tular gara-gara kenyataannya di media sosial yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum Melayu.

Ekoran kenyataan tersebut, rata-rata pengguna media sosial berkata akan memboikot produk gedung tekstil tersebut.

Bagaimanapun, Muzaffar telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa kenyataan dikeluarkan tidak mewakili syarikat Jakel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat