Pendedahan Skandal RM30.5 Juta Kementerian Kesihatan

- Advertisement -

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Kementerian Kesihatan berikutan tuduhan rasuah membabitkan satu projek bernilai RM30.5 juta dijangka akan melibatkan beberapa individu penting di Kementerian Kesihatan.

Rabu atau Khamis ini SPRM dijangka akan menahan seorang pegawai tinggi Kementerian Kesihatan bagi melengkapkan proses siasatan. Setakat siasatan SPRM tertumpu kepada pengumpulan maklumat bagi melakukan tangkapan ke atas suspek utama.

Banyak tangan menunding kepada Menteri Kesihatan dan para pegawainya. Malah khabar angin disebarkan dengan pantas bahawa beberapa pegawai menteri ditahan SPRM bagi tujuan siasatan.

Bagaimanapun ini dinafikan oleh SPRM dan para pegawai terbabit telah membuat laporan polis ke atas fitnah tersebut. SPRM mengambil keterangan pegawai kerajaan dan pegawai politik bagi membina kes, namun tiada pegawai politik yang ditahan setakat ini.

Siasatan ini berikutan pendedahan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang (DAP) dan Wangsa Maju (PKR/Bebas), Wee Choo Keong bahawa wujud amalan meragukan melibatkan Kementerian Kesihatan pembekalan unit makmal bernilai RM30 juta.

Wee mendakwa syarikat terbabit merupakan pemaju hartanah yang tiada pengalaman dalam kerja-kerja membabitkan peralatan makmal dan saintifik.

Selain itu, Choo Keong turut mendakwa KKM memberikan syarikat yang sama kontrak pembekalan sut peralatan pelindungan diri (PPE).

Kisah Di Sebalik Siasatan SPRM

Suara.Tv bercakap kepada beberapa sumber bagi mendapat gambaran sebenar siasatan ini.

Kami difahamkan siasatan ini membabitkan pemberian kontrak secara Perolehan Darurat bagi pelaksanaan “Lab Migitation Solution For Covid-19” kepada syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd.

Perolehan dan penilaian keperluan kontrak pelaksanaan serta pemilihan syarikat dilaksanakan sepenuhnya di bawah kawal selia Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan para pegawai bahagian perolehan.

Setakat ini tiada sebarang bukti menunjukkan terdapat campur tangan Menteri Kesihatan dalam menetukan keperluan kementerian untuk Covid-19 dan pemilihan pembekal yang berkelayakan seperti yang cuba digambarkan oleh beberapa pemimpin politik pembangkang.

Syarikat terbabit dikatakan mendapat kontrak pembekalan sistem peralatan makmal pemeriksaan pantas untuk Covid-19 di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.

Ini merupakan keperluan segera bagi bagi meningkatkan kapaisiti ujian pengesanan sehari Covid-19 di kedua-dua fasiliti.

Bagaimanapun seperti mana dibangkitkan oleh Wee Che Keong, bagaimana syarikat pembinaan dan hartanah diberi peluang menyediakan peralatan perubatan yang bernilai RM30.5 juta.

Carian Suara TV mendapati syarikat ini mempunyai dua pemegang saham yang bernama Tan dan beralamat di Midvalley City, Kuala Lumpur.

Ini sangat berbeza dengan khabar angin sejak semalam kononnya ia membabitkan pembinaan makmal di Johor.

USAHA MENGGAGALKAN KEPIMPINAN MELAYU ISLAM?

Sumber dalaman kerajaan melahirkan kebimbangan wujud usaha dalam kalangan pegawai tertentu yang masih setia kepada kerajaan lama cuba menyahstabilkan kerajaan ini dengan memalitkan Menteri Kesihatan dengan skandal ini.

Seorang pemimpin politik kanan UMNO menyifatkan ada usaha memburukkan Dr Adham bagi mewujudkan perasaan benci rakyat kepada UMNO.

“Tidak mustahil ini merupakan satu orkestra sebuah parti cauvinis yang dibantu oleh orang dalam kerajaan.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat