Syarikat LG Henti Pengeluaran, Penjualan Telefon Bimbit

- Advertisement -

SEOUL- Syarikat elektronik Korea Selatan, LG mengumumkan akan menutup perniagaan telefon bimbit miliknya selepas mencatat kerugian selama bertahun-tahun, lapor United Press International (UPI).

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan selepas semua pengarah urusan bersetuju untuk menghentikan pengeluaran dan penjualan telefon bimbit.

“Keputusan strategik LG untuk menarik diri daripada sektor telefon bimbit yang cukup sengit adalah bagi membolehkan syarikat fokus kepada sektor pertumbuhan lain termasuk komponen kenderaan elektrik, rumah pintar, robotik dan kecerdasan buatan (AI),” tulis kenyataan itu.

LG berkata, pihaknya akan terus menjual stok telefon bimbit yang masih ada serta memberikan servis berbentuk sokongan dan kemas kini untuk satu tempoh bergantung kepada kawasan.

LG yang mula memasuki industri telefon bimbit lebih dua dekad lalu adalah pembuat telefon bimbit ketiga paling popular di dunia sehingga 2008, setahun sebelum pasaran bertukar sepenuhnya selepas kemunculan iPhone, lapor akhbar tempatan, Korea Herald.

Penjualan telefon bimbit LG bagaimanapun mengalami penurunan pada 2015 yang juga merupakan tahun terakhir ia mencatat keuntungan, lapor agensi berita Yonhap News.

Syarikat itu menjangka penutupan perniagaan telefon bimbitnya akan selesai sebelum 31 Julai depan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat