Ku Nan cuba sekat KJ tanding Putrajaya : Laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu-satunya orang yang pernah menjadi ahli Parlimen Putrajaya kini memulakan langkah memastikan ahli keluarganya mewarisi kerusi di pusat pentadbiran negara itu.

Memetik Malaysia Now, sumber memberitahu individu yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan.

Beliau yang kini berdepan dengan desakan melepaskan jawatan disebabkan sabitan rasuah kini dalam usaha menyekat timbalannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz daripada memangku sebagai pemimpin bahagian itu.

Ini merupakan langkah untuk menyekat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar daripada bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya.

Sekiranya bahagian itu jatuh ke tangan Tun Faisal, Khairy akan dinamakan sebagai calon dan bukan anaknya, Tengku Iqbal yang mahu dinamakan Ku Nan.

Portal itu difahamkan, Ku Nan baru-baru ini menjemput lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli UMNO Bahagian Putrajaya di rumahnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Perjumpaan itu diadakan ketika negara masih lagi menjalani perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan berkumpul seperti itu,” kata salah seorang yang hadir dengan syarat tidak dinamakan.

Perjumpaan itu diadakan untuk mendapatkan sokongan bagi membuat laporan terhadap Tun Faisal kepada Lembaga Disiplin UMNO kerana kritikan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tun Faisal yang juga setiausaha akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mengatakan Zahid mengkhianati UMNO dengan menyokong langkah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan.

Kenyataan itu dilakukan ketika ketegangan antara bosnya dan Zahid.

Disebabkan itu Tun Faisal diberikan surat tunjuk sebab oleh partinya.

Dalam perjumpaan di rumah Ku Nan, hadirin diarahkan untuk menandatangani surat menyokong usul tindakan disiplin terhadap Tun Faisal.

“Ada beberapa orang yang tidak setuju tidak tandatangan. Maknanya perjumpaan yang diadakan semata-mata nak paksa untuk sign surat,” tambah sumber itu.

Ku Nan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Disember lalu atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan dan dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara.

Kini beliau sedang dalam proses rayuan tetapi perlu memberikan laluan kepada Tun Faisal untuk memimpin UMNO Bahagian Putrajaya.

Sebelum ini ada laporan mengatakan Ku Nan tidak boleh bertanding pada PRU15, UMNO mungkin akan meletakkan Khairy sebagai calon Putrajaya.

Langkah ini dilihat untuk memenuhi janji Timbalan Presiden UMN, Datuk Seri Mohamad Hasan tahun lalu agar Khairy diberikan kerusi “selamat” selepas mengumumkan bakal bertanding di Rembau yang disandang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.

Khairy yang mengetuai program imunisasi Covid-19 kebangsaan kerajaan dilihat sebagai pilihan popular.

Putrajaya yang mempunyai majoriti pengundi terdiri daripada penjawat awam, dan disebabkan itu menjadi kubu kuat UMNO apabila memegang tampuk persekutuan.

Akan tetapi akar umbi UMNO percaya Ku Nan kini merupakan liabiliti selepas sabitan rasuah.

Disebabkan itu mereka menentang sebarang langkah untuk mencalonkan anak Ku Nan.

“Jika Tengku Iqbal bertanding di sini, memang tipislah Umno akan menang. Sebab penduduk Putrajaya tidak menyebelahi mana-mana parti.

“Mereka kata dah bapa tak boleh bertanding takkan nak anak pula.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat