Bersatu cuba ‘goda’ UMNO dengan lantik Ismail Sabri jadi TPM : laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah mengusulkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos dan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika UMNO nekad keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik FMT, Sumber yang rapat dengan kepimpinan tertinggi Bersatu menjangkakan sidang Parlimen diadakan Ogos dan “pada masa itu, akan jelas sama ada UMNO bersama kita atau akan menarik sokongan terus kepada Muhyiddin.”

Bagaimanapun, menurut sumber itu, PRU-15 berkemungkinan diadakan terus tanpa sidang Parlimen, jika kemelut Bersatu dan UMNO terus meruncing.

“Semua ini belum boleh disahkan kerana kami masih berharap semua tiga parti Melayu (PAS, Bersatu dan UMNO) boleh bekerjasama,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata usul melantik Ismail sebagai TPM bertujuan untuk menarik sokongan ahli UMNO kepada PN.

Selain Ismail, beberapa pemimpin UMNO lain, seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa dilihat mesra PN dan Bersatu.

Sumber itu berkata PN yang ditunjangi oleh Bersatu dan PAS dijangka mengundang UMNO untuk rundingan pengagihan kerusi ke arah menghadapi PRU-15.

“Kita menantikan mereka untuk (memulakan rundingan). Ketika ini rundingan mengenai kerusi hanya boleh di adakan antara Bersatu, PAS, dan Gerakan,” kata sumber itu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat