Dua Bekas ADUN DAP Perak Masuk Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dua ADUN Perak kini nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan memilih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Malaysiakini, ADUN Tronoh, Paul Yong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam hari ini dilaporkan menjadi ahli Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka merupakan anggota DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu untuk menyokong PN.

Pada bulan lalu Sivasubramaniam menyertai Gerakan pada bulan Jun, manakala Paul Yong sebelum inni memilih menjadi ADUN bebas.

Dengan langkah terbaru Sivasubramaniam itu Gerakan kini tiada wakil dalam DUN Perak.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan penyertaan Paul Yong dan Sivasubramaniam.

Menurut Zainol, permohonan kedua-dua mereka telah diserahkan sebelum ini dan Bersatu memberikan persetujuan pada Disember lalu.

Paul Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.

Sebagai bukan bumiputera, Paul Yong dan Sivasubramaniam akan menjadi sebahagian daripada sayap anggota bersekutu Bersatu.

Bagaimanapun untuk rekod mengikut perlembagaan parti itu, ahli bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dalam urusan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat